Senarai Nilai Novel Hempasan Ombak
Nilai | Contoh peristiwa |
Kegigihan | 1. Farid gigih berusaha memajukan Syarikat Batik Nusantara walaupun menghadapi pelbagai cabaran. 2. Zuraida gigih berusaha melanjutkan pelajarannya di UITM untuk menambah ilmu dalam bidang perniagaan. 3. Zuraida tidak berputus asa untuk memajukan perniagaannya walaupun secara kecil-kecilan. 4. Mokhsein telah menimba pengalaman yang diperoleh semasa bekerja di bawah ayah Farid dan membangunkan syarikat batik sendiri. |
Bantu-membantu | 1. Mokhsein banyak membantu Farid dari segi idea, kepakaran dan motivasi untuk membangunkan Syarikat Batik Nusantara kembali. 2. Mokhsein membantu Farid mencari ajen di Kuala Lumpur dan Singapura. 3. Zuraida menawarkan bantuan kepada Farid untuk menjual batik di gerainya. |
Kasih Sayang | 1. Farid sayang akan syarikat peninggalan arwah ayahnya. Dia tetap menguruskan syarikatnya walaupun menghadapi banyak konflik. 2. Farid sayang akan Zuraida kerana mereka berkawan dari bangku sekolah lagi. Oleh itu, Farid berasa sedih apabila mendengar bahawa Zuraida melanjutkan pelajarannya di UITM, Dungun. 3. Farid sayang akan keluarganya. Dia membekalkan kewangan kepada keluarganya walaupun berumur 19 tahun. 4. Hajah Zaoyah sangat sayang akan keluarganya dan warisan perniagaan milik perniagaan suaminya. |
Kebijaksanaan | 1. Zuraida mengambil peluang untuk menambah ilmu dalam bidang perniagaan dengan mengikut kursus luar kampus dalam jurusan pentadbiran perniagaan di UITM, Dungun. 2. Mokhsein menerangkan strategi terkunci kepada Farid yang membantu Farid menguruskan syarikatnya. 3. Mukhtar menawarkan keuntungan kepada ajen sebanyak 35% agar mereka lebih mengutamakan syarikat batiknya. 4. Zuraida bijak memanfaatkan setiap pelanggan yang datang ke gerainya. |
Tanggungjawab | 1. Selepas kematian Haji Badrul, Farid bertanggungjawab menguruskan Syarikat Batik Nusantara walaupun merupakan anak yang keempat. 2. Zuraida menanggung kos pelajaran adiknya dengan menjual batik di gerainya. 3. Farid berusaha dengan gigih untuk menimba ilmu dalam bidang perniagaan. 4. Masri bertanggungjawab menyelamatkan Azmi daripada serangan Mahmood. |
Kerajinan | 1. (rujuk cth tanggungjawab 1 dan 2) 2. Farid rajin mengunjungi bengkel untuk memantau para pekerjanya dan melihat proses penghasilan batik. |
Keberanian | 1. Farid berani menanggung risiko untuk mengembangkan pemasaran syarikat batiknya dengan membina bengkel tambahan baharu yang bermodulkan RM75 ribu. 2. Farid berani menghadapi pelbagai cabaran demi memajukan perusahaan Syarikat Batik Nusantara. 3. Mukhtar berani menghantar surat layang kepada Farid supaya menghentikan operasi batik modennya. |
Ketabahan | 1. Farid tabah mendengar berita kematian ayahnya dan sanggup menanggung beban keluarganya dengan meneruskan Syarikat Batik Nusantara. 2. Farid tabah menghadapi pelbagai cabaran demi memajukan Syarikat Batik Nusantara. |
- Get link
- X
- Other Apps
assalamualaikum..minta izin untuk kongsi nota dgn pljr ye,,terima kasih
ReplyDeleteassalamualaikum..minta izin kongsi ilmu ni dgn pljr ye.terima kasih
ReplyDeleteBaik cikgu
DeleteMinta izin utk rujukan ye
ReplyDelete